Dalam hidup ini aku mula lupa dengan adanya pelbagai masalah yang makin memenuhi ruang hidup aku ini. Tetapi apabila kita melihat, kita mendengar dari pelbagai sudut di sekeliling kita, kita dapat sesuatu apa yang kita sudah lupa selama ini, iaitu sebuah permulaan.
Dalam setiap benda kita buat ada permulaannya, dengan adanya permulaan itu juga jadikan kita pada masa sekarang. Kita mudah melupan permulaan itu, sedangkan benda itu merupak benda paling penting dalam hidup kita. Apa akan berlaku apabila tiadanya permulaan itu, semua benda dalam hidupan ini tidak akan wujud tanpanya.
Dalam diri sendiri aku pernah lupa pada permulaan itu, aku hanya megikut kata orang "maju ke depan jangan pandang belakang baru kita boleh berjaya" itu la kata orang-orang, tapi tanpa kita melihat kebelakang kita tidak akan ingat permulaan yang kita buat untuk mengkuatkan diri kita. Aku bersyukur dengan permulaan yang telah aku buat dan permulaan yang aku buat itu tidak akan aku akhirkan dengan semudahnya sebab setiap permulaan mesti ada pergobanan, dan pergobanan itu tidak akan di sia-siakan.
Dalam permulaan itu munculnya takdir seseorang, aku percaya pada takdir, tapi aku tahu kita yang mencari keputusannya. aku bersyukur dengan pemulaan yang aku buat, walaupun pelbagai rintangan yang datang, pergorbanan yang perlu dilakukan tapi aku tahu usaha itu ada hasilnya, sekarang aku mempunyai seorang insan yang memenuhi hidup aku, insan yang sanggup memulakan kehidupan baru ini bersama aku, dan insan ini akan menjadi satu-satunya insan yang aku cintai selama-lamanya.
Untuk Isteri Ku,
Faizatulain

No comments:
Post a Comment